Pada awal-awal promosi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness, terdapat satu bayangan watak yang orang jangkakan adalah Iron Man dari dunia lain dan Iron Man ini dikatakan adalah Superior Iron Man. Imej tidak jelas kerana ia adalah daripada treler yang bergerak laju, terus orang sangka pelakon watak ini adalah Tom Cruise.

Tetapi tahukah anda yang penulis skrip filem ini, Michael Waldron ada merancang untuk masukkan Iron Man lakonan Tom Cruise dalam filem ini. Beliau sempat berbincang dengan Kevin Feigi, tetapi sedar yang Tom sibuk dengan penggambaran Mission: Impossible 7 dan 8 – idea ini terpaksa diketepikan.

Benar Iron Man versi Robert Downey Jr. telah mati dalam Endgame, tetapi ini adalah dalam multimesta jadi – setiap dunia berbeza akan ada variasi watak sama daripada orang lain. Dengan idea menyertakan Tom Cruise sebagai Iron Man telah diketepikan, Michael boleh fokus dengan watak lain untuk cameo.

Malah, Michael turut berkongsi yang jalan cerita untuk Mordo dalam dunia Earth-616 akan diteruskan dalam filem akan datang atau projek lain. Cuma yang pasti ia akan diteruskan, cuma bukan dalam filem ini kerana ingin fokus dengan konsep multimesta.

Sohor Kini