Salt and Sacrifice Kini Dilancarkan Untuk PlayStation Dan PC

Ska Studios dan Devoured Studios bermula hari ini telah melancarkan Salt and Sacrifice untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC melalui Epic Games Store. Ia merupakan permainan susulan untuk Salt and Sanctuary yang dikeluarkan pada tahun 2016.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Salt and Sacrifice seperti permainan sebelum ini juga merupakan permainan aksi pengembaraan yang mempunyai elemen ‘soulslike’. Selain itu, ia juga mempunyai penceritaan yang mendalam. Ia boleh dimainkan secara solo dan juga bersama dengan rakan.

Sohor Kini