CD Projekt Red telah mengumumkan yang kandungan Gwent lama iaitu Journey yang pertama dan juga kedua akan kembali ke dalam permainan kad digital tersebut. Ia merupakan kandungan untuk musim pertama iaitu Geralt dan musim kedua Ciri.

Melaluinya pemain akan berpeluang untuk mendapatkan kandungan-kandungan ini, jika mereka terlepas sebelum ini. Bagi pemain yang sudah membeli versi berbayar semasa ia dilancarkan dahulu, mereka boleh teruskan sahaja tanpa membayar sekali lagi.

Selain kandungan sedia ada, kandungan baharu seperti auras, hiasan kad, muzik dan trofi akan turut disertakan. Pemain boleh dapatkan ganjaran-ganjaran ini dengan bermain dan menyelesaikan pelbagai misi harian dan juga mingguan.

Gwent: The Witcher Card Game sudah dikeluarkan untuk PC dan juga peranti pintar iOS serta Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini