WB Games hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Gotham Knights yang memfokuskan kepada dua daripada empat watak yang akan tiba di dalam permainan ini iaitu Nightwing dan juga Red Hood. Dua watak lagi adalah Robin dan Batgirl.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah yang antaranya memperlihatkan cara berbeza Nightwing dan juga Red Hood bertempur, ia juga memperlihatkan cara perjalanan yang berbeza boleh digunakan di dalam permainan ini.

Selain itu, WB Games juga telah mengumumkan yang Gotham Knights tidak lagi dilancarkan untuk konsol generasi lepas iaitu PlayStation 4 dan Xbox One, mereka sekadar mengatakan ia adalah untuk memastikan pemain menerima kualiti yang terbaik bagi permainan tersebut.

Gotham Knights sebelum ini diumumkan untuk kedua-dua konsol PlayStation dan Xbox bersama dengan PC. Dengan perkembangan terbaru ini, ia hanya dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC pada 25 Oktober 2022.

Sohor Kini