505 Games dan Rabbit & Bear Studios bermula hari ini telah melancarkan Eiyuden Chronicle: Rising iaitu permainan aksi pengembaraan yang merupakan permainan sampingan untuk Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes iaitu permainan JRPG oleh bekas-bekas pembangun Suikoden.

Anda boleh tonton video pelancaran di bawah.

Eiyuden Chronicle: Rising merupakan permainan aksi pengembaraan yang menyertakan elemen pembangunan bandar. Melaluinya pemain akan mengenali watak-watak yang akan tiba di dalam Hundred Heroes kelak.

Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC dan juga ditawarkan di dalam Game Pass.

Sohor Kini