Sony Pictures dan Crunchyroll telah mengumumkan yang filem animasi seterusnya untuk Dragon Ball iaitu Dragon Ball Super: Super Hero akan disiarkan secara global pada suku ketiga tahun ini. Ia merupakan filem susulan kepada Dragon Ball Super: Broly yang dikeluarkan pada tahun 2018 dan diumumkan pada tahun 2021.

Anda boleh tonton treler untuknya di bawah.

Dragon Ball Super: Super Hero mengisahkan mengenai Red Ribbon Army kembali dengan android baharu iaitu Gamma 1 dan Gamma 2. Di dalam filem ini, Gohan juga kembali bertarung selepas Pan telah diculik.

Filem ini sebelum ini sepatutnya ditayangkan di Jepun pada bulan April akan tetapi selepas Toei Animation digodam, tayangan ditunda ke 11 Jun 2022. Ia adalah filem ke-21 Dragon Ball tetapi yang keempat melibatkan Akira Toriyama secara terus di mana beliau menjadi penulis dan juga pencipta watak untuk filem ini.

Bacaan lanjut: Ini Adalah Fakta Menarik Tentang Dragon Ball & Koleksi Jam Edisi Khas Solvil et Titus x Dragon Ball Z

Sohor Kini