Ubisoft telah mengumumkan yang kandungan baharu untuk The Division 2 iaitu Season 9: Hidden Alliance akan dilancarkan pada 12 Mei 2022 yang akan menyertakan pelbagai kandungan termasuk juga mod PvE baharu.
Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.
Kandungan baharu ini adalah untuk pemain yang mempunyai penambahan Warlords of New York dan meneruskan penceritaan daripada sebelum ini. Pemain akan bertempur dengan True Sons untuk mencari sasaran baharu iaitu Captain Lewis.
Mod baharu yang diperkenalkan adalah Countdown iaitu permainan koperasi sehingga 8 pemain, di mana pemain akan dihantar untuk mengelak daripada penjana kuasa daripada meletup, pemain mempunyai 15 minit untuk menjayakan misi tersebut.
Mereka juga memperkenalkan fungsi baharu iaitu Expertise yang membolehkan pemain untuk meningkatkan lagi kelengkapan mereka untuk menjadi lebih berkuasa. Selain itu, senjata dan peralatan baharu juga akan diperkenalkan.
Jika anda tidak memiliki The Division 2, ia boleh dicuba secara percuma bermula pada 13 Mei sehingga 15 Mei di semua platform. The Division 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC – Ulasan The Division 2 – Permainan Looter Shooter Yang Sangat Baik.