Sebelum ini kami sudah kongsi yang Free Fire World Series akan bermula dengan peringkat Play-Ins yang akan memperlihatkan 10 pasukan merebut 4 slot untuk ke peringkat akhir bagi kejohanan tersebut. Pusingan ini akan bermula tidak lama lagi iaitu pada 14 Mei 2022.

Anda boleh baca pautan ini untuk melihat senarai pasukan dan maklumat lanjut; Berikut Adalah Pasukan-Pasukan Yang Layak Ke Free Fire World Series 2022 – Bermula 14 Mei Ini.

Bersempena dengan kejohanan ini, Garena juga telah berkongsi video muzik untuknya iaitu ‘Heroes Arise’ yang anda boleh tonton di bawah.

Selain itu, menghangatkan lagi kejohanan ini mereka mengumumkan acara FFWS 2022 Pick’n Win di mana pemain boleh membuat jangkaan untuk pemenang di setiap pertempuran, senjatan yang paling banyak diguna dan juga juara keseluruhan. Jika melakukan jangkaan yang tepat, pemain akan mendapat ganjaran di dalam permainan.

Mereka juga akan menganjurkan acara melalui laman sesawang iaitu Training Camp yang akan menjadi satu hab untuk informasi dan juga aktiviti terbaru bagi kejohanan ini.

Anda boleh mengikuti aksi kejohanan ini di Youtube rasmi untuk Free Fire. Garena Free Fire sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini