Nintendo hari ini telah berkongsi prestasi kewangan mereka bagi suku terakhir untuk tahun Fiskal 2022, yang berakhir pada 31 Mac 2022. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi jualan untuk konsol Nintendo Switch.

Sepanjang tiga bulan iaitu Januari hingga Mac 2022, Nintendo Switch telah terjual sebanyak 4.11 juta unit dengan pecahan mengikut model adalah 1.77 juta unit untuk Nintendo Switch, 1.81 juta unit untuk Nintendo Switch OLED dan 530 ribu unit untuk Nintendo Switch Lite.

Jumlah keseluruhan untuk jualan konsol Nintendo Switch setakat 31 Mac adalah 107.65 juta unit dengan pecahan mengikut model adalah 83.45 juta unit untuk Nintendo Switch, 5.80 juta unit untuk Nintendo Switch OLED dan 18.40 juta unit untuk Nintendo Switch Lite.

Bagi permainan paling laris, tiga tertinggi masih lag permainan sama iaitu Mario Kart 8 Deluxe, Animal Crossing: New Horizons dan Super Smash Bros. Ultimate.

Sohor Kini