Sony hari ini telah berkongsi prestasi kewangan mereka dan seperti biasa mereka juga berkongsi prestasi untuk penjualan bagi produk permainan video mereka. Prestasi kali ini akan memfokuskan kepada bulan Januari sehingga Mac 2022.

Bagi penjualan untuk PlayStation 5, bagi suku ini Sony berjaya menjual 2 juta unit iaitu 1.3 juta unit lebih renda berbanding suku yang sama pada tahun fiskal yang lepas. Ini menjadikan jumlah penjualan PS5 bagi tahun fiskal 2021 adalah 11.5 juta unit, 4 juta unit lebih rendah berbanding sasaran mereka, manakala jumlah keseluruhan setakat ini adalah 19.3 juta unit.

Kegagalan ini berkemungkinan besar kerana mereka tidak dapat mengeluarkan PlayStation 5 dengan mencukupi dan bukan kerana tidak mempunyai permintaan yang tinggi.

Manakala bagi PlayStation 4 pula, ia terjual sebanyak 100 ribu unit yang membawa kepada 1 juta unit keseluruhan untuk tahun fiskal ini, dan secara keseluruhan adalah 118.7 juta unit.

Bagi jualan permainan, untuk tiga bulan lepas, ia mencatat jualan sebanyak 70.5 juta unit dengan 14.5 juta unit adalah untuk permainan pihak pertama, pecahan bagi permainan digital pula adalah 71% berbanding permainan fizikal.

Pelanggan PS Plus yang memperlihatkan peningkatan pada suku lepas, kembali jatuh pada suku ini dengan 47.4 juta pelanggan berbanding 48 juta suku lepas dan 47.6 juta pada suku yang sama tahun lepas. Namun, jumlah pemain aktif bulanan meningkat kepada 111 juta berbanding 104 juta suku sebelum ini.

Dengan mereka akan memperkenalkan pakej langganan baharu untuk PS Plus pada bulan ini, Sony sudah semestinya berharap untuk jumlah pelanggan akan meningkat, dan mereka juga akan mendapat keuntungan yang lebih tinggi untuk setiap langganan yang mempunyai harga langganan lebih tinggi.

Sohor Kini