Riot Games telah mengumumkan yang 2022 VCT Challengers APAC – Stage 2 iaitu kejohanan untuk Valorant akan berlangsung sepanjang bulan ini, di mana ia akan memperlihatkan 8 pasukan daripada beberapa negeri Asia Tenggara bertanding untuk merebut slot ke VCT Challengers APAC Stage 2 Playoff yang akan berlangsung bulan Jun ini.
Negara yang terlibat adalah Thailand, Indonesia, Vietnam, Taiwan/Hong Kong dan juga Singapura bersama dengan Malaysia.
Bagi pasukan dari Malaysia dan Singapura berikut adalah pasukan yang akan bertanding di mana 4 mendapat slot melalui jemputan dan 4 lagi melalui pusingan kelayakan sebelum ini;
Kelapan-lapan pasukan ini akan bertanding di dua peringkat, iaitu peringkat pertama akan menyingkirkan 2 pasukan dan peringkat seterusnya adalah untuk mencari tiga pasukan terbaik untuk melayakkan diri ke Challengers APAC Stage 2 Playoffs.
Anda boleh mengikuti kejohanan ini melalui Twitch, YouTube dan Facbook rasmi Valorant.