EA telah mengumumkan kerjasama bersama dengan Middle-Earth Enterprises untuk hadir dengan permainan mudah alih baharu berdasarkan IP The Lord of the Rings oleh J.R.R Tolkien iaitu The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth.

The Lord of the Rings: Heroes of Middle-earth merupakan permainan RPG mengumpul watak. di mana pemain boleh mendapatkan watak-watak daripada The Lord of the Rings. Ia juga akan menyertakan penceritaan tersendiri, dan pertempuran mengikut turutan.

Permainan ini dijangka akan melakukan sesi beta, tidak disahkan jika terbuka atau tertutup di beberapa benua sekitar suku ketiga tahun ini.

Sejak beberapa tahun yang lepas, permainan mudah alih telah menjadi fokus utama untuk EA di dalam mengembangkan penawaran syarikat tersebut di dalam arena ini. Mereka telah mengambil alih Glu Mobile dan juga melakukan penstrukturan semula bahagian penawaran permainan mudah alih.

Sohor Kini