Olimpik Malaysia hari ini telah mengumumkan kejohanan esukan AESF Road to Asian Games 2022 yang selain memberi peluang kepada pemain-pemain di Malaysia untuk menguji kemahiran, ia juga akan menjadi platform untuk pemilihan atlit untuk mewakili Malaysia ke Sukan Asia 2022 yang akan berlangsung pada tahun depan selepas tertunda pada tahun ini.

Asian Electronic Sports Federation (AESF) sebelum ini telah mengumumkan 8 permainan yang akan dipertandingkan di acara tersebut, ia adalah;

  • Arena of Valor (versi Asia)
  • Dota 2
  • Dream Three Kingdoms 2
  • EA Sports FIFA
  • Hearthstone
  • League of Legends
  • PUBG Mobile (versi Asia)
  • Street Fighter V

Buat masa ini tidak disahkan lagi jika Malaysia akan menghantar wakil untuk kesemua permainan, pendaftaran untuk menyertai kejohanan AESF Road to Asian Games 2022 juga boleh dilakukan di laman rasmi Olimpik Malaysia akan tetapi semasa penulisan ini, ia masih tidak disertakan di dibuka lagi.

Sumber gambar: FB Olympic Council of Malaysia

Sohor Kini