Netflix telah berkongsi treler terbaru untuk siri Cobrai Kai musim ke-5, selain memperlihatkan kembalinya Terry Silver, ia juga mengumumkan tarikh siaran untuk musim baharu ini iaitu pada 9 September 2022.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Berikut adalah sinopsis yang dikongsi oleh Netflix –
“Selepas kejutan di All Valley Tournament, Terry Silver ingin kembangkan lagi empayar Cobra Kai untuk membawa gaya karate “No Mercy”. Dengan Kreese ditahan dan Johnny Lawrence ‘bersara’, Daniel LaRusso perlu meminta bantuan dari satu rakan lama.”.