Organisasi Women In Games Membuka Cawangan Di Asia

Women in Games iaitu organisasi tanpa untung yang memfokuskan kepada menggalakkan penglibatan wanita di dalam industri permainan video dan juga esukan telah mengumumkan yang mereka membuka cawangan khusus di Asia.

Cawangan tersebut akan diselia oleh Dan Sun dari Riot Games dan Kah Hui Teo dari Keywords Studios. Dan Sun mengatakan yang Women in Games Asia akan membawa pelbagai inisiatif yang menyediakan wanita peluang pekerjaan, perhubungan dan juga pengiktirafan dari industri.

Antaranya inisiatif tersebut adalah ‘W Coffee’ yang akan melibatkan wanita-wanita yang sudah berpengalaman di dalam industri ini. Anda boleh baca lanjut mengenai Women in Games di laman rasmi mereka.

Sohor Kini