Ketika pengumuman prestasi kewangan untuk WWE, Stephanie McMahon yang juga merupakan Ketua Pegawai Jenama untuk syarikat gusti hiburan tersebut telah mengumumkan yang mereka sangat gembira dengan penerimaan untuk WWE 2K22 (dilaporkan oleh Fightful)

Beliau mengatakan selepas mengambil tambahan masa lebih daripada setahun, mereka telah menerima semula kepercayaan oleh pemain dengan kualiti permainan yang lebih baik. WWE 2K22 juga telah menerima markah tertinggi di Metacritic berbanding mana-mana permainan WWE sebelum ini.

Stephanie McMahon juga mengatakan yang mereka telah menanda tangani perjanjian baharu untuk hadir dengan permainan RPG yang akan diumumkan tidak lama lagi.

WWE 2K22 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia dibangunkan oleh Visual Concept dan diterbitkan oleh 2k Sports.

Sumber Gambar: The Smackdown Hotel

Sohor Kini