James Gunn iaitu pengarah untuk Guardians of the Galaxy termasuk juga yang terbaru telah mengumumkan di akaun Twitter yang penggambaran untuk filem ketiga telah siap dan mengatakan ia telah mengambil lebih 100 hari.

Di dalam gambar yang dikongsi bersama diperlihatkan pelakon-pelakon untuk filem tersebut iaitu Sean Gunn, Pom Klementieff, Chris Pratt, Karen Gillan dan Dave Bautista yang mungkin menjadi filem terakhir untuknya sebagai Guardians.

Mereka juga akan membuat penampilan di dalam filem Thor: Love and Thunder seperti yang diperlihatkan melalui treler yang dikongsi baru-baru ini.

Manakala di ciapan yang berlainan, James Gunn juga berkongsi gambar Zoe Saldana bersama dengan Jennifer Holland, dia mengatakan yang gambar dia bersama dengan Zoe tidak dikongsi kerana mempunyai satu pelakon yang masih tidak diumumkan lagi.

Selain pelakon-pelakon di atas, Will Poulter sebelum ini telah diumumkan akan terlibat dengan filem ini dan akan membawa watak Adam Warlock.

Guardians of the Galaxy Vol. 3 dijangka akan ditayangkan pada 5 Mei 2023.

Sohor Kini