Mihoyo sebelum ini telah hadir dengan pelbagai laman rasmi untuk Genshin Impact yang kebiasaannya dihasilkan oleh pemain, contohnya peta interaktif. Terbaru, mereka juga telah hadir dengan Wiki rasmi untuk permainan tersebut.

Buat masa ini, laman ini terhad kepada maklumat mengenai watak, barangan seperti senjata dan artifak, dan juga penjahat. Oleh itu, ia masih ketinggalan jika ingin dibandingkan dengan wiki tidak rasmi seperti di Fandom.

Anda boleh layari laman wiki rasmi untuk Genshin Impact di pautan ini.

Genshin Impact sebelum ini telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya ditunda ke satu tarikh yang tidak ditetapkan lagi kerana mereka terkesan dengan lockdown yang sedang dilakukan di China. Mereka akan memberi pampasan oleh disebabkan perkara tersebut.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini