The Day Before merupakan permainan MMO ketahanan hidup yang dibangunkan oleh Fntastic dan akan diterbitkan oleh Mytona merupakan permainan yang menerima senarai hajat tertinggi di Steam buat masa ini dengan mereka mengatkaan terdapat jutaan pemain yang berminat dengan permainan ini.

Melalui perkongsian di IGN, mereka telah mengumumkan yang The Day Before telah ditunda ke tahun 2023, dengan jangkaan tarikh 1 Mac. Mereka mengatakan yang keputusan mereka untuk beralih ke enjin permainan yang lebih baharu iaitu Unreal Engine 5 menjadi punca utama penundaan ini.

Di dalam The Day Before yang merupakan permainan MMO dunia terbuka, pemain akan melakukan pertempuran, menaiki kenderaan dan juga pelbagai elemen sosial. Anda boleh tonton video bentuk permainan akan tetapi ia adalah versi lama di bawah.

The Day Before akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini