Disebabkan pandemik, filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dotunda daripada tarikh tayangan asal dan turut mengalami penggambaran semula. Filem ini sepatutnya ditayangkan terlebih dahulu sebelum No Way Home, namun perkara sebaliknya berlaku.

Sebelum penggambaran semula berlaku, durasi filem ini adalah 2 jam 40 minit. Namun selepas suntingan, memasukkan hasil rakaman baharu, potong yang tidak patut – durasi filem menjadi 2 jam 5 minit sahaja. Sekitar 35 minit telah dipotong dan hanya sekitar 2-3 adegan sahaja akan dimasukkan dalam versi digital akan datang.

Adegan dipotong yang akan didedahkan kepada umum nanti adalah yang masih berkait dengan jalan cerita filem. Namun, ada beberapa bahagian yang sudah tidak mengikut jalan cerita – ia mungkin tidak akan didedahkan.

Apa agaknya adegan yang telah dipotong? Ada penampilan khas watak lain ke?

Baca: Ulasan Doctor Strange in the Multiverse of Madness – Perwatakan Kurang Menyerlah Dalam Dunia Multimesta

Sohor Kini