Mihoyo baru-baru ini telah mengumumkan yang mereka telah menunda pelancaran versi 2.7 untuk Genshin Impact ke satu tarikh yang tidak ditetapkan lagi. Mereka tidak mengatakan sebab, akan tetapi ramai mengatakan ia diakibatkan oleh lockdown yang sedang dilakukan di beberapa kawasan di China.

Terbaru, mereka telah mengumumkan akibat penundaan tersebut, mereka akan memberikan pampasan setiap minggu sehinggalah versi 2.7 dilancarkan. Berikut adalah pampasan yang diberikan; Primogem x 400, Fragile Resin x 1, Hero’s Wit x 7, Mystic Enhancement Ore x16 dan Mora x 120,000.

Pampasan ini akan diberikan melalui sistem mel di dalam permainan setiap hari rabu, ia akan tamat tempoh 30 hari selepas dihantar, oleh itu anda perlu tebus sebelum ia tamat.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini