NetEase Games telah mengumumkan yang mereka menubuhkan studio pembangunan permainan video pertama di Amerika Syarikat iaitu Jackalope Games yang akan membangunkan permainan mercu untuk konsol dan juga PC.

Jackalope Games akan diketuai oleh Jack Emmert yang sebelum ini pernah bekerja dengan studio-studio seperti Cryptic Studios, Perfect World Entertainment, Daybreak Game Company, dan Dimensional Ink Games.

Beliau juga banyak terlibat dengan permainan MMORPG seperti City of Heroes, Neverwinter, Star Trek Online dan DC Universe Online.

NetEase mengatakan yang Jackalope Games sepenuhnya akan menjadi studio di bawah mereka akan tetapi akan terus beroperasi secara kendiri.

Sohor Kini