Garena telah mengumumkan yang kejohanan esukan Call of Duty: Mobile Garena Masters II akan bermula pada 6 Mei 2022 untuk peringkat kumpulan.

Pusingan kelayakan telah berlangsung pada 30 April sehingga 1 Mei lepas memperlihatkan 9 pasukan menyertai 4 pasukan terbaik daripada Garena Masters sebelum ini iaitu Blaclist Ultimate, ALMGHTY, Mamba Lowkings dan Smart Omega.

Dua pasukan dari Malaysia yang layak adalah Huntsmen dan NV Doctors. Anda boleh lihat senarai 16 pasukan yang akan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $25 ribu di bawah;

  • Blacklist Ultimate (Filipina)
  • Mamba Lowkings (Filipina)
  • Smart Omega (Filipina)
  • C8 Stealth (Filipina)
  • C8 Jeux (Filipina)
  • VI T2P (Filipina)
  • LF Organization (Filipina)
  • Tyrant Esports (Filipina)
  • C8 United (Filipina)
  • Mamba Corinthians (Filipina)
  • C8 Legacy (Filipina)
  • Warlord Esports Destra (Filipina)
  • Huntsmen (Malaysia)
  • NV Doctors (Malaysia)
  • ALMGHTY (Singapura)
  • Gaijin Rogue (Singapura)

Peringkat kumpulan akan berlangsung pada 6 Mei sehingga 22 Mei dan pusingan playoffs akan berlangsung pada 28 sehingga 29 Mei 2022. Di mana ada boleh tontonnya di laman sosial rasmi Call of Duty: Mobile.

Sohor Kini