Pada bulan Mac lepas, HBO telah mengesahkah yang siri baharu mereka iaitu House of the Dragon akan mula disiarkan pada 22 Ogos 2022, dan hari ini ia telah menerima treler pertama yang anda boleh tonton di bawah.

Seperti kita sedia maklum, House of the Dragon adalah siri yang berlaku 300 tahun sebelum permulaan untuk Game of Thrones. Ia memfokuskan kepada kejadian yang membawa kepada perang saudara di dalam House of Targaryen.

Siri ini ditulis oleh George R.R Martin bersama dengan Ryan J Condal dengan senarai pelakon adalah seperti Paddy Considine, Emmy D’Arcy, Matt Smith, Rhys Ifans, Olivia Cooke dan Fabien Frankel. Ia akan mempunyai 10 episod untuk musim pertama.

Sohor Kini