Jackass 4.5 akan tiba ke Netflix Malaysia 20 Mei ini. Filem ini merupakan filem sampingan kepada filem utama, kerana semua adegan dalam Jackass 4.5 dirakam semasa penggambaran Jackass Forever. Jackass 4.5 adalah kumpulan bahagian-bahagian dipotong dan yang tidak digunakan dalam filem, menjadi satu filem tersendiri.

Jackass Forever yang merupakan filem rasmi keempat mereka. Ia menerima sambutan amat positif kerana membawakan kembali aksi ngeri, menggelikan dan jijik yang dikenali ramai dalam satu format moden. Filem ini adalah antara filem berjaya untuk Paramount.

Atas kejayaan ini, Paramount+ sedang berbincang bersama pencipta Jackass untuk sebuah siri TV baharu. Siri ini turut akan membawakan aksi merbahaya yang sama dalam Jackass. Apa yang tidak pasti, adakah ahli asal seperti Johnny Knoxville, Steve-O, Chris Pontius, Dave England, Wee Man, Danger Ehren dan Preston Lacy akan kembali atau hanya ahli baru sepert  Rachel Wolfson, Sean “Poopies” McInerney dan Jasper Dolphin.

Antara siri sampingan Jackass yang pernah disiarkan adalah Wildboyz kisah pengembaraan Steve-O dan Chris Pontius, serta siri khas bersama Bam MageraViva La Bam. Turut tiada pengesahan di manakah peminat Malaysia boleh strim Jackass Forever, selain daripada menggunakan akaun Amerika Syarikat untuk sewa/beli di Play Store atau Apple TV.

Sohor Kini