iPhone 13 Pro adalah peranti mercu Apple terkini. Ia juga merupakan antara telefon pintar paling berkuasa yang ada serta mempunyai kemampuan kamera yang sesuai untuk pengguna profesional. Skrin ProMotion 120Hz pada peranti ini juga hanya boleh digunakan sepenuhnya dengan aplikasi/permua terpilih sahaja.

Terkini untuk membuktikan kehebatan kamera iPhone 13 Pro, Apple telah bekerjasama dengan Parkpoom Wongpoom iaitu pengarah filem seram Thailand untuk sebuah filem seram pendek.

Filem ini, iaitu Those That Follows mengisahkan dua remaja yang melarikan diri daripada rompakan yang menimpa nasib malang. Ia mengetengahkan kisah hantu Phi Ta Khon berdasarkan kepercayaan Timur Laut Thailand. Ia turut akan menekankan mengenai karma dan tanggungjawab.

Dalam treler kita boleh lihat ada elemen seram, terkejut dan memberi satu perasaan menonton yang seriau. Bagi yang mengenali Parkpoom Wongpoom, anda akan tahu karya beliau seperti 4bia, Phobia 2, Shutter atau Alone.

Menurut kenyataan Apple, Parkpoom memanfaatkan mod Cinematic serta banyak menggunakan mod malam pada iPhone 13 Pro untuk menjayakan filem ini. Tidak lupa juga dengan ciri rakaman Dolby Vision turut memberi manfaat kepada pencipta filem.

Filem ini akan disiarkan di saluran YouTube Thailand pada tarikh yang akan diumumkan nanti. Sama-sama kita nantikan jika anda ingin ketahui filem seram yang dihasilkan dengan iPhone.

Sohor Kini