Peacemaker adalah siri sampingan kepada filem The Suicide Squad arahan James Gunn. Ia memfokuskan kepada watak Peacemaker lakonan John Cena selepas kejadian daripada filem. Siri TV ini menerima sambutan yang memuaskan oleh pengkritik dan orang ramai, sehingga mengesahkan musim kedua akan tiba dan siri sampingan lain dalam dunia sama turut akan dibangunkan.

Baca: Ulasan Peacemaker – Mencari Keamanan Dalam Keadaan Yang Tertekan

Untuk siri sampingan kedua The Suicide Squad, James Gunn akan menjadi penerbit eksekutif, sementara ditulis oleh Christal Henry iaitu penulis untuk siri TV Watchmen. Ia juga bukan komedi dan akan berbeza dengan Peacemaker.

Terkini menurut Deadline, Viola Davis iaitu pelakon untuk watak Amanda Waller selaku pengarah A.R.G.U.S sedang dalam perbincangan untuk kembali memainkan watak sama dalam siri sampingan baharu ini. Tidak pasti sama ada hanya penampilan khas atau akan memainkan peranan penting. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini