Apple Arcade telah mengumumkan permainan-permainan yang akan tiba di dalam perkhidmatan tersebut pada bulan ini. Antara permainan yang akan tiba adalah permainan baharu iaitu Warped Kart Racers, ia adalah permainan kart yang dibangunkan oleh Electric Square dan akan tiba pada 20 Mei.

Menariknya, ia akan menyertakan watak-watak daripada kandungan 20th Television seperti American Dad!, Family Guy, King of the Hill dan Solar Opposites, terdapat 20 watak secara keseluruhan yang akan tiba dan boleh berlumba sehingga 8 pemain.

Selain itu, Badland iaitu siri popular oleh Hype Hype Inc yang telah menerima dua permainan sebelum ini akan menerima permainan ketiga iaitu Badland Party yang kali ini membolehkan pemain bermain secara berseorangan ataupun secara dalam talian sehingga 4 pemain untuk menyelesaikan pelbagai tekaria. Ia akan tiba pada 6 Mei.

Bersama dengan 2 permainan baharu, 2 permainan popular di App Store akan menerima versi Apple Arcade iaitu Goat Simulator+ yang dibangunkan oleh Coffee Stain Malmo akan tiba pada 6 Mei dan Pro Darts 2022+ yang dibangunkan oleh iWare Designs akan tiba pada 20 Mei.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan harga RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Anda juga boleh baca 10 permainan menarik untuk anda cuba jika memiliki langganan Apple Arcade ataupun bercadang untuk mendapatkannya: 10 Permainan Baharu Di Apple Arcade Yang Menarik.

Sohor Kini