Valve telah mengumumkan senarai permainan-permainan baharu yang menjana pendapatan tertinggi di Steam untuk bulan Mac. Senarai ini hanya menyertakan permainan yang dikeluarkan pada bulan tersebut, dan mengambil kira jumlah pendapatan dalam masa 2 minggu ia dilancarkan.

Tidak mengejutkan antara permainan yang tersenarai adalah permainan-permainan mercu yang dikeluarkan pada bulan tersebut seperti Ghostwire: Tokyo oleh Bethesda, WWE 2K22 oleh 2K dan Death Stranding Director’s Cut yang baru dikeluarkan untuk PC.

Berikut adalah senarai 20 permainan tetapi tidak disusun mengikut sebarang aturan;

  • Tunic
  • Have a Nice Death
  • Distant Worlds 2
  • Coromon
  • Elex II
  • Death Stranding Director’s Cut
  • The Planet Crafter
  • Airborne Kingdom
  • Soulworker
  • ANNO: Mutationem
  • WWE 2K22
  • Persona 4 Arena Ultimax
  • Hero’s hour
  • Core Keeper
  • Animal Shelter
  • Midnight Ghost Hunt
  • Shadow Warrior 3
  • Weird West
  • Ghostwire: Tokyo

Selain senarai di atas, Valve juga membahagikan senarai kepada beberapa kategori seperti permainan percuma, permainan Remastered, dan juga pembangun yang melancarkan permainan buat pertama kali di Steam. Anda boleh lihat kategori-kategori ini dan juga senarai penuh di laman Steam.

Sohor Kini