Square Enix telah mengumumkan yang Final Fantasy Brave Exvius telah dimuat turun sebanyak 45 juta kali sejak dilancarkan secara global pada 6 tahun yang lepas. Bersama dengan pengumuman ini mereka juga telah melancarkan kandungan berdasarkan Final Fantasy VIII.

Melalui acara masa terhad ini, pemain berpeluang untuk mendapatkan watak Rinoa & Angelo melalui Rinoa & Angelo: Step-Up Summon. Pemain juga boleh dapatkan pelbagai ganjaran dengan log masuk setiap hari sehingga 11 Mei. Pemain juga boleh dapatkan 5 summon secara percuma setiap minggu sehingga 8 Jun 2022.

Final Fantasy Brave Exvius sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini