Microsoft telah mengumumkan senarai permainan yang akan disertakan di dalam Game Pass untuk bulan ini, ia menyertakan banyak permainan indie dan satu permainan oleh EA iaitu NHL 22 yang disertai melalui EA Play.

Ini termasuk juga permainan baharu seperti Eiyuden Chronicle Rising dan The War of Mine Final Cut yang akan dilancarkan untuk konsol generasi terkini.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan menyertai Game Pass pada awal bulan ini;

  • Loot River (Xbox, Cloud, PC) – Sudah tiba
  • Trek to Yomi (Xbox, Cloud, PC) – 5 Mei
  • Citizen Sleeper (Xbox, Cloud, PC) – 5 Mei
  • Danganronpa 2: Goodbye Despair Anniversary Edition ((Xbox, Cloud, PC) – 10 Mei
  • Eiyuden Chronicle: Rising (Xbox, Cloud, PC) – 10 Mei
  • This War of Mine: Final Cut (Xbox, Cloud, PC) – 10 Mei
  • NHL 22 (Xbox) – 12 Mei

Manakala, senarai permainan yang akan meninggalkan Game Pass pada 15 Mei adalah seperti berikut;

  • Grand Theft Auto: San Andreas – The Definitive Edition (10 Mei)
  • Enter the Gungeon
  • Final Fantasy X/X-2 HD Remaster
  • Remnant: From the Ashes
  • Steep
  • The Catch: Carp dan Coarse
  • The Wild at Heart

Permainan-permainan tersebut ditawarkan dengan harga 20% jika anda ingin mendapatnya secara penuh.

Di pasaran Malaysia, hanya PC Game Pass ditawarkan secara rasmi di mana ia ditawarkan dengan harga RM5 untuk tiga bulan pertama dan RM15 sebulan untuk bulan-bulan seterusnya – PC Game Pass Kini Rasmi Di Malaysia.

Sohor Kini