Hari Star Wars: Obi-Wan Kenobi Terima Treler Kedua

Disney hari ini, bersempena dengan sambutan hari peminat Star Wars iaitu pada 4 Mei, telah berkongsi treler kedua untuk siri Obi-Wan Kenobi yang memperlihatkan lanjut fokus utama bagi siri ini.

Anda boleh tonton video tersebut di bawah.

Siri ini berlaku 10 tahun selepas kejadian di dalam Star Wars: Revenge of the Sith iaitu filem ketiga mengikut turutan dan filem keenam mengikut pengeluaran. Pada waktu ini, Empire telah menguasai galaksi dan Jedi termasuk juga Obi-Wan Kenobi diburu oleh Inquisitors.

Obi-Wan Kenobi telah menyorok di Tatooine di mana dia juga sedang memerhati Luke Skywalker dan ingin melatihnya akan tetapi ditolak oleh Owen Lars, risau Luke menjadi seperti ayahnya Anakin.

Seperti diumumkan sebelum ini, Obi-Wan Kenobi akan mula disiarkan di Disney+ Hotstar pada 27 Mei 2022 dan akan mempunyai 6 episod.

Sohor Kini