Prime Gaming telah menyenaraikan permainan-permainan untuk tawaran permainan percuma bulanan mereka. Bagi bulan ini mereka menyediakan 6 permainan. Ia boleh ditebus sehingga akhir bulan ini, selepas menebus, ia akan terus jadi milik anda dan tidak memerlukan akaun Prime Gaming yang aktif untuk bermain-nya.

Berikut adalah permainan-permainan yang ditawarkan;

  • Dead Space 2
  • The Curse of Monkey Island
  • Shattered – Tale of the Forgotten King
  • Out of Line
  • Cat Quest
  • Mail Mole + ‘Express Deliveries

Kesemua permainan adalah untuk PC di mana Dead Space 2 perlu ditebus melalui EA Origin manakala permainan-permainan lain boleh ditebus secara terus dan boleh dimuat turun melalui Amazon Games App.

Anda boleh langgan Prime Gaming di pautan ini, bagi pelanggan baharu, anda boleh mencubanya selama 7 hari, dan jika diteruskan caj $5.99 (~RM25) sebulan akan dikenakan. Selain permainan percuma setiap bula ia juga menawarkan satu langganan percuma untuk Twitch dan Prime Video.

Sohor Kini