Pachinko adalah K-Drama terkini daripada Apple TV+. Ia adalah kisah pengembaraan di antara keamanan dan perang, cinta dan kematian mengenai sebuah keluarga pendatang asing dari Korea selama empat generasi.

K-Drama ini disampaikan dalam tiga bahasa, iaitu Jepun, Korea dan Inggeris. Pachinko menerima sambutan amat baik dengan skor di Rotten Tomatoes mencapai 98% oleh pengkritik dan 95% oleh orang awam.

Apple TV+ mengesahkan yang siri TV ini akan menerima musim kedua. Pencipta siri TV ini amat berbangga dengan kejayaan kerana karya beliau menerima sambutan.

Pachinko yang mengisahkan Sunja, selaku watak utama yang menceritakan kisah hidup beliau pada awal 1900, seiring dengan kisah cucu beliau Solomon pada tahun 1980-an. Ia adalah adaptasi daripada novel dengan judul sama karya Soo Hugh. Musim pertama telah pun tamat pada 29 April 2022.

Sama-sama kita nantikan musim kedua nanti.

Sohor Kini