Pengasas Bersama Razer, Robert Krakoff Meninggal Dunia

The Verge hari ini telah melaporkan yang Robert Krakoff pengasas syarikat perkakasan komputer dan permainan video Razer bersama dengan Min-Liang telah meninggal dunia, beliau berumur 81 tahun.

Beliau bersama dengan Min-Liang menubuhkan Razer pada tahun 2005 selepas mendapat hak untuk nama tersebut yang sebelum ini merupakan syarikat di bawah jenama Karna pada tahun 1998 sehingga 2000 untuk mengedarkan tetikus gaming pertama Boomslang.

Robert Krakoff juga adalah salah seorang yang membangunkan tetikus tersebut.

Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga Robert Krakoff.

Sohor Kini