BlueTwelve Studio dan Annapurna Interactive sebelum ini telah mengumumkan yang Stray akan dikeluarkan pada awal tahun ini, namun walaupun sudah memasuki bulan Mei, ia masih tidak menerima tarikh pelancaran.

Melalui perkongsian oleh PlayStation, yang memperlihatkan permainan-permainan indie menarik, Stray disenaraikan akan tiba pada musim panas ataupun suku ketiga tahun ini.

Ini boleh dikatakan kali kedua Stray diubah jangkaan tarikh pelancaran, dimana ia sebelum ini sepatutnya tiba pada awal tahun 2021.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi seekor kucing dan perlu melalui pelbagai kawasan ditemani oleh sebuah robot bernama B12.

Anda boleh tonton video bentuk permainan di bawah.

Stray akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan PC.

Sohor Kini