Menjadi siri kedua yang dibatalkan pada minggu ini, The CW telah membatalkan siri Legends of Tomorrow dan tidak akan menerima musim kelapan. The CW juga membatalkan Batwoman selepas tiga musim sebelum ini.
Siri Legends of Tomorrow yang bermula sejak tahun 2016, telah menyiarkan episod terakhir pada 2 Mac yang lepas. Menjadikan ia mempunyai 7 musim dan 110 episod.
Perkara ini telah disahkan oleh Keto Shimizu iaitu Penerbit Eksekutif bagi siri ini melalui akaun Twitter peribadi. Beliau juga mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada penonton, pelakon, krew produksi dan juga penulis yang telah menjayakan Legends of Tomorrow sebelum ini.