Batwoman Telah Dibatalkan Selepas Musim Ketiga

Caroline Dries iaitu penulis untuk siri Batwoman oleh The CW, telah berkongsi di Twitter mengatakan yang siri tersebut tidak akan menerima musim keempat.

Batwoman musim ketiga yang memulakan siaran pada Oktober tahun lepas, baru sahaja menerima episod terakhir pada awal bulan Mac, yang tampaknya adalah episod terakhir untuk keseluruhan siri ini.

Siri ini telah berdepan dengan pelbagai masalah termasuk juga pertukaran watak utama. Pada awalnya ia adalah mengenai Kate Kane lakonan Ruby Rose sebelum diganti dengan Javicia Leslie yang membawa watak Ryan Wilder.

Ruby Rose pada awalnya mengatakan yang beliau perlu berehat kerana masalah kesihatan akan tetapi kemudiannya menyalahkan keadaan produksi yang tidak baik menjadi punca penarikan diri.

Sohor Kini