Netflix telah dilaporkan tidak akan meneruskan siri Space Force untuk musim ketiga. Space Force baru sahaja menerima musim kedua pada bulan Februari lepas tetapi gagal mendapat sambutan yang baik, menjadi antara punca ia dibatalkan.

Space Force adalah siri komedi yang dihasilkan oleh Greg Daniel dan Steve Carell yang memfokuskan kepada General Mark lakonan Steve Carell sendiri mengurus tentera di angkasa lepas.

Siri ini dikatakan menelan perbelanjaan yang besar dan mempunyai tanda aras tontonan yang tinggi yang tidak dapat dicapai oleh siri ini.

Netflix yang dijangka untuk kehilangan 2 juta pelanggan pada bulan-bulan depan juga tampaknya akan lebih ”berjimat-cermat” dengan perbelanjaan mereka.

Sohor Kini