Mihoyo melalui Twitter rasmi mereka telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya iaitu versi 2.7 yang sepatutnya tiba selewatnya bulan depan telah ditunda ke satu tarikh yang tidak diumumkan lagi.

Mereka mengatakan yang maklumat lanjut mengenai kemaskini ini, termasuk juga perubahan kandungan serta tarikh ia akan dilancarkan, akan diumumkan kemudian.

Mihoyo tidak memberikan sebab selain daripada mengatakan disebabkan ‘progres pembangunan’, akan tetapi ramai pemain yang mengatakan ia mungkin disebabkan penutupan kawasan ataupun lockdown yang sedang dilakukan di bandar-bandar di China akibat pandemik Covid-19.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, PC, iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini