Hanya lima hari sahaja lagi untuk filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness menyahkunci pintu masuk pawagam untuk semua saksikan kegilaan multimesta ini. Tadi kami telah laporkan mengenai dua watak What If dan X-Men akan muncul, yang diperoleh daripada treler 15 saat yang telah Marvel padam.

Kemudian, Marvel turut berkongsi klip 1 minit adegan Doctor Strange menyelamatkan America Chavez daripada raksasa Gargantos.

Dalam klip ini, America dilihat mencuba sedaya-upaya untuk mengelak daripada diserang makhluk ini. Doctor Strange bergegas menggunakan kuasa sihir untuk menyelamatkan beliau. Tidak pasti sama ada ketika adegan ini mereka berdua telah bertemu atau belum.

Dalam komik, America Chavez adalah pelajar Doctor Strange. Dalam filem ini, mungkin beliau adalah pelajar dari dunia lain dan dalam dunia utama MCU ini – beliau pertama kali jumpa Doctor Strange. Mungkin. Sama-sama kita nantikan, hanya lima hari sahaja lagi.

Sohor Kini