Seperti yang semua sedia maklum, Paramount Pictures sedang untuk dengan beberapa filem juga untuk tahun ini dan tahun hadapan. Antaranya adalah sekuel kepada filem Mission: Impossible, iaitu filem ketujuh serta filem sampingan yang merupakan prekuel untuk A Quiet Place.

Di CinemaCon 2022, mereka telah mengumumkan judul kepada filem Misson: Impossible ketujuh ini iaitu Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One. Ada khabar menyatakan yang filem ini masih belum siap lagi produksi dan dengan judul ada Part One, bermakna akan ada kesinambungan kepada filem ini yang mungkin akan memberi tekanan kepada eksekutif serta pihak produksi. Filem ini akan ditayangkan pada tahun hadapan, Julai 2023.

Untuk filem sampingan yang juga adalah prekuel kepada A Quite Place, judul penuhnya adalah A Quiet Place: Day One. Filem ini akan diarahkan oleh pengarah filem PigMichael Sarnosk dengan John Krasinski sebagai penerbit. Filem ini akan ditayangkan pada September 2023 tahun hadapan.

Sohor Kini