Setakat ini, Netflix belum lagi hadir dengan iklan Raya seperti tahun lepas Bila Raya, Jangan Ber…tudum… Tetapi beberapa kandungan khas untuk distrim bersama keluarga sudah pun didedahkan apa yang bakal disiarkan.

Aku nak tengok Prebet Sapu Raya nanti, tapi yang aku nantikan sebenarnya adalah Stranger Things 4. Ia akan tiba lepas Raya nanti iaitu 27 Mei. Sementara menanti, Netflix hadir dengan iklan/treler unik.

Iklan ini adalah parodi kepada iklan kurma Yusof Taiyoob. Ia menjelaskan yang date bukannya kurma, tetapi adalah tarikh siaran Stranger Things 4. Suara kedengaran sama, kami tidak pasti adakah ini orang sama yang berlakon suara untuk iklan Yusof Taiyoob atau hanya pakar mimik.

Apa pun, ia berjaya menghiburkan hati aku. Aku harap, anda pun akan rasa begitu.

Sohor Kini