Hunger Games adalah filem mengenai battle royale di dalam hutan, di mana pemain perlu cuba kekal hidup dan selamat diri daripada dibunuh. Kerana hanya yang terakhir hidup sahaja boleh menang. Ia adalah novel oleh Suzanne Collins dan turut mempunyai empat filem iaitu The Hunger Games (2012), The Hunger Games: Catching Fire (2013), The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 (2014) dan The Hunger Games: Mockingjay – Part 2 (2015).

Prekuel filem ini iaitu The Ballad of Songbirds and Snakes juga berasaskan novel oleh Suzanne Collins, yang mana memfokuskan kepada kisah Coriolanus Snow. Coriolanus Snow adalah antagonis dalam francais filem Hunger Games dan dalam The Ballad of Songbirds and Snakes ia akan menceritakan kisah beliau ketika masih muda sebelum menjadi jahat.

Dalam filem-filem sebelum, watak ini dilakonkan oleh Donald Sutherland. Tidak pasti lagi dalam filem prekuel ini siapa yang akan membawakan watak ini. Produksi filem ini masih dalam pembangunan, tiada butiran yang dikongsi selain disahkan oleh Lionsgate akan ditayangkan pada 17 November 2023.

Sohor Kini