Steam telah mengumumkan yang bermula pada 3 Mei ini, mereka akan menganjurkan acara Going Rogue: A Festival of Persistence sehingga 10 Mei di mana mereka akan menawarkan jualan promosi untuk permainan-permainan roguelike, roguelite dan diantaranya seperti souls-like dan metroidvania.

Acara ini adalah seperti Simfest: Hobby Edition yang dianjurkan sebelum ini di mana ia memfokuskan kepada permainan simulasi berdasarkan pekerjaan dan juga hobi.

Selain jualan promosi, penstriman juga akan dilakukan di mana ia akan memperlihatkan sesi bermain permainan-permainan yang terlibat dan juga sesi temubual bersama dengan pembangun.

Anda boleh layari pautan ini untuk maklumat lanjut dan melihat permainan-permainan yang akan disertakan, sesetengah daripadanya sudah ditawarkan secara dengan harga promosi. Jika anda ingin membaca perbezaan di antaran Roguelike dan Roguelite, Steam juga melakukan perkongsian mengenainya.

Sohor Kini