Microsoft telah mengumumkan yang Xbox & Bethesda Games Showcase 2022 akan berlangsung pada 13 Jun 2022. Ia akan disiarkan melalui Youtube, Twitch, Facebook dan TikTok rasmi untuk Xbox.
Antara permainan yang dijangka menjadi fokus untuk persidangan ini sudah semestinya adalah Starfield iaitu permainan seterusnya oleh Bethesda yang diumumkan akan tiba pada akhir tahun ini.
Kita mungkin dapat melihat buat pertama kali bentuk permainan untuk permainan yang dipanggil sebagai Skyrim di angkasa lepas.
Permainan-permainan lain yang mungkin akan diperlihatkan adalah State of Decay 3 dan juga permainan Indiana Jones yang diumumkan sebelum ini.
Ini boleh dikatakan sebagai persidangan terawal yang akan berlangsung ketika Summer Game Festival 2022, yang akan dianjurkan bermula bulan Jun ini buat pertama kali secara bersendirian selepas E3 dibatalkan pada tahun ini.