Echoes of Mana Kini Dilancarkan Untuk iOS Dan Android

Square Enix telah mengumumkan yang Echoes of Mana iaitu permainan RPG berdasarkan siri permainan Mana kini boleh dimuat turun untuk iOS dan juga Android.

Anda boleh tonton treler pelancaran di bawah.

Permainan ini dibangunkan oleh Wright Flyer Studios yang menyertakan penceritaan baharu untuk siri dan membawa watak-watak daripada pelbagai siri Mana yang berbeza untuk pemain dapatkan. Bersempena dengan pelancaran ini, pemain akan diberikan pelbagai ganjaran.

Echoes of Mana adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini