Siri TV La Casa De Papel ataupun Money Heist adalah kisah mengenai pasukan perompak yang merompak bank dengan jati diri tersendiri memperlihatkan merekalah yang baik dan orang politik dan yang atasan adalah yang jahat. Ia diketuai oleh Professor dan siri ini telah pun tamat dengan musim kelima pada tahun lepas.

Seperti yang semua maklum, versi K-Drama untuk siri TV ini akan disiarkan tidak lama lagi dengan judul Money Heist: Korea – Joint Economic Area. Selepas Professor (Yoo Ji-tae) dilihat sedang memilih topeng untuk pasukan perompak beliau, yang mana turut memperlihatkan topeng ikonik Salvador Dalí – treler terkini mengesahkan yang topeng dipilih adalah topeng tradisional Korea Hahoe dengan ukiran senyum.

Dalam siri ini, Korea Utara dan Selatan akan bersatu untuk merompak kerana negara sedang dalam proses menyatukan mata wang. Professor mengumpulkan perompak berkaliber untuk terus merompak dari tempat cetakan duit.

Siri ini akan penuh dengan darah disebabkan tembakan dan pembunuhan (mungkin), rancangan rompakan asal pasti akan bermasalah. Rompakan ini pun boleh jadi, pasukan ini dan Professor tonton kes rompakan yang berlaku di Sepanyol.

Dalam siri TV ini Professor adalah Yoo Ji-tae, Berlin pula adalah Park Hae-soo, Tokyo dilakonkan oleh Jun Jong-seo, Moscow oleh Lee Won-jong, Denver oleh Kim Ji-hun, pelakon Nairobi adalah Jang Yoon-ju, Rio pula Lee Hyun-woo, Helsinki daripada pelakon Kim Ji-hoon, dan akhir sekali Oslo oleh Lee Kyu-ho.

Money Heist: Korea – Joint Economic Area akan disiarkan di Netflix pada 24 Jun akan datang.

Sohor Kini