Square Enix telah berkongsi treler baharu untuk The Centennial Case: A Shijima Story iaitu permainan pengembaraan aksi nyata yang memfokuskan kepada penyiasatan.

Ia akan dikeluarkan pada 12 Mei untuk PlayStation 4, PlayStation 5 dan Nintendo Switch dan pada 13 Mei untuk PC melalui Steam. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi penyiasat yang menyiasat pembunuhan yang berlaku 100 tahun yang lepas.

Sohor Kini