Activision telah mengumumkan secara rasmi yang Call of Duty bagi tahun ini adalah Call of Duty Modern Warfare II. Mereka buat masa ini sekadar memperlihatkan logo dan judul, akan tetapi ia dijangkakan akan tiba sekitar akhir tahun ini, kebiasaan untuk siri ini.
Call of Duty Modern Warfare II akan menjadi permainan susulan untuk Call of Duty Modern Warfare yang dilancarkan pada tahun 2019, yang juga merupakan satu olahan semula untuk siri Modern Warfare. Ia merupakan siri Call of Duty paling berjaya setakat ini.
Dengan Call of Duty buat masa ini kehilangan 50 juta pemain, mereka semestinya berharap untuk mendapatkan menjadikan permainan ini lebih berjaya berbanding Call of Duty Vanguard.
Activision juga dilaporkan tidak akan melancarkan Call of Duty baharu pada tahun depan, dengan Call of Duty Modern Warfare II ini akan menerima kandungan selama 2 tahun.